ubat

WASPADA PEMBELIAN UBAT SECARA DALAM TALIAN

Sentiasa berhati-hati sekiranya anda ingin membeli produk ubat-ubatan samada yang dijual secara dalam talian mahupun melalui laman media sosial. Semak terlebih dahulu status pendaftaran produk yang dijual dan juga kesahihan tuntutan/testimoni yang dibuat dalam iklan yang disiarkan. Elakkan diri anda daripada terpedaya dan menjadi mangsa kerakusan penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.

Dapatkan bekalan produk ubat-ubatan anda daripada sumber ataupun penjual yang diyakini seperti klinik perubatan ataupun premis farmasi berlesen.

Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di www.pharmacy.gov.my.

#AdaKKLIUBaruOK
#BiarBetulIklanNi

(SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)