Tarikh      : 25 Febuari 2021 (Khamis)

Masa       : 10.00 pagi

Lokasi     : PEDi Pengkalan Kubor 

Pada 25 Febuari 2021 telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Usahawan Baru Online Pusat Internet bersama PEDi Pengkalan Kubor. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh TM/MSD yang diadakan bermula 21 Julai hingga 15 Ogos 2020. Dalam pertandingan ini, seorang ahli PEDi Pengkalan Kubor iaitu Puan Nurul Izzati Binti Jaafar telah terpilih sebagai pemenang tempat kelima bagi negeri Kelantan. Beliau telah memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 1000 yang disampaikan oleh Pengurus PEDi Pengkalan Kubor iaitu Puan Nor Hasilawati Binti Mohd Yusoff. Puan Nurul Izzati telah memasarkan produk jualannya iaitu minyak zaitun icare oil di platform Shopee miliknya. Sebelum ini, Puan Nurul Izzati banyak mengikuti kelas keusahawanan dan bengkel Shopee di PEDi Pengkalan Kubor bagi mempelajari modul asas Shopee dan mempelajari editing gambar produk beliau. Diharapkan pertandingan seperti ini dapat melahirkan dan menggalakkkan lebih ramai usahawan online baru. Tahniah kami ucapkan kepada Nurul Izzati di atas kejayaan beliau! 

 

Gambar Disini