Tarikh      : 27 November 2020

Masa       : 10.00 pagi-1.00 tengahari

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas carian google diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk belajar ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan google. Melalui kelas ini, mereka belajar menggunakan platform google untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Selain itu, pelajar juga di ajar menggunakan cara memastikan sesebuah laman web yang kita layari itu selamat digunakan.Ini sangat penting bagi mengelakkan kita mengambil rujukan dan fakta dari sumber yang tidak dipercayai dan juga mengelakkan kita daripada menjadi mangsa siber.

Aktiviti

Melibatkan pelajar sekolah rendah iaitu antara darjah 4 hingga 6 sekolah rendah. Petugas memberi taklimat ringkas tentang fungsi Google dan cara membuat carian melalui Google. Petugas juga memberi panduan menggunakan internet dengan bijak dan selamat.

Gambar Disini