kbdb23

Pada 10 Disember 2020 (Khamis) jam 10.00 Pagi, Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 23/2020 telah disiarkan secara langsung di Facebook @klikdenganbijak dengan tajuk “Waspada Akaun Palsu di Media Sosial”. Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 23/2020 ini telah disampaikan oleh En. Richard Diaz yang merupakan Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Sabah Cawangan Keningau. Pelbagai info dan panduan yang berkaitan dengan topik ini telah dikongsikan oleh beliau sepanjang rakaman secara langsung ini.  Rakaman secara langsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 23/2020 boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/klikdenganbijak/videos/167071348490856