Tarikh : 19 Januari 2019
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : PI Pengkalan Kubor
Peserta : 10 orang
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menggunakan Microsoft Office Word. Bagi pelajar masih belum kenal item-item melibatkan M. Office Word, ia akan membuatkan mereka sedikit janggal pada permulaannya. Tapi setelah mendapat info mereka mudah untuk belajar.
Aktiviti
Melibatkan pelajar sekolah rendah tahun 5 dan tahun 6 yang bersekolah di sekolah sekitar dengan pusat internet. Pelajar di latih cara-cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di beri latihan untuk membuat dan menulis surat berita. Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak. Pelajar kelihatan gembira kerana dapat menimba ilmu baru bagi mereka.