Umobile PKP MRo percuma

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat.

Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.

Selain daripada itu, setiap syarikat telekomunikasi turut menawarkan sejumlah pakej menarik khusus buat pelanggan mereka. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah kekurangan data yang dihadapi pengguna terutamanya bagi mereka yang perlu bekerja daripada rumah.