PESTA WAU ANTARABANGSA !!!


Tarikh : 29-31 Ogos 2019
Tempat : Pantai Geting , Tumpat, Kelantan

Jom beramai-ramai datang dan memeriahkan Pesta Wau Antrabangsa Kelantan 2019.Pesta wau telah diadakan sejak tahun 1982. Selepas itu, ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan. Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2019 ini merupakan kali yang ke-37 ianya dianjurkan di Negeri Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia akan menganjurkan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2019 pada 29-31 Ogos 2019 (Khamis – Sabtu), bertempat di Pantai Geting, Tumpat,Kelantan

Penglibatan penyertaan antarabangsa pada tahun 2019 ini melibatkan 42 orang peserta terdiri dari 15 buah Negara iaitu Scotland, Sweden,Colombia,Korea,German, Brunei, Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand, Austria, Jepun, Vietnam, USA,dan China.